Make your own free website on Tripod.com
Latar Belakang

Sekolah Sukan Malaysia Bandar Penawar (SSMBP) dibina di atas tapak seluas 32.6 hektar atau 80 ekar. Ia terletak 95 kilometer dai Bandaraya Johor Bharu atau 45 kilometer dari Bandar Kota Tinggi, manakala 7 kilometer dari Pusat Peranginan Desaru.

Sekolah ini telah siap pembinaanya pada bulan Disember 1997 manakala sesi persekolahan pertama telah bermula pada 18 Januari 1998. Ketika mula dibina sekolah ini telah menerima pendaftaran untuk atlit seramai 143 orang.

Dianggarkan seramai 600 orang pelajar akan melanjutkan pelajaran di sini menjelang tahun 2002. Acara sukan / permainan yang awal ditawarkan ialah hoki, sepaktakraw, gimnastik, gimrama, renang, terjun, bola sepak dan bowling.

Idea penubuhan Sekolah Sukan Malaysia :
a) Sekolah Sukan Ecole de Mortge di Kanada yang beroperasi pada tahun 1985.
b) Sekolah sukan Raguna, Jakarta, Indonesia mula beroperasi pada tahun 1996.

Perancangan dan pelaksanaan sekolah sukan:
i. Sukan merupakan satu komponen dalam pendidikan di sekolah.
ii. Sukan adalah satu saluran yang berkesan untuk menanam dan memupuk persefahaman dan perpaduan di kalangan pelajar-pelajar di negara ini (Laporan Kabinet).
iii. Sukan penting untuk kesihatan, perkembangan jasmani, rohani, emosi dan fizikal.
iv. Sukan merupakan salah satu bidang yang dapat membantu mencapai proses pembangunan negara dan dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.

SYARAT KEMASUKAN ATLIT
Warganegara Malaysia.
Lulus ujian mengenalpasti bakat (TID) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara. Atau program mengenalpasti bakat oleh jurulatih Sekolah Sukan atau, permohonan atau, atlit MSN di bawah program Sukan Asia 2006 dan Sukan Olimpik 2008 melalui TID tanpa mengira umur, dan lulus dalam UPSR sekurang-kurangnya 3B dan 1C ataupun PMR sekurang-kurangnya 5C dana 3D.