BAB 4 : ASAS SISTEM PENGENDALIAN
1. Persekitaran Sistem Operasi
2. Perintah-perintah Asas
3. Kegunaan Sistem Operasi

Persekitaran Sistem Operasi

Sistem Operasi atau Sistem Pengendalian (Operating System) merupakan perisian sistem yang amat diperlukan oleh komputer untuk membolehkan ia menjalankan operasi asas bagi memulakan komputer. Terdapat dua jenis persekitaran sistem operasi iaitu jenis teks dan grafik.

Persekitaran teks hanya mempunyai antara muka teks semata-mata dan hanya memerlukan papan kekunci untuk memasukkan data dan arahan. Persekitaran grafik pula mempunyai paparan antara muka yang dipenuhi warna-warni dan bergrafik. Penggunaan tetikus adalah begitu meluas kerana ia lebih memudahkan berbanding papan kekunci walaupun ia sebenarnya lebih melambatkan. Persekitaran grafik lebih ramah pengguna (user frandly). Pengguna tidak perlu untuk menghafal arahan yang hendak digunakan, berbeza pula dengan persekitaran teks yang mana tidak ramai pengguna yang boleh menggunakannya kerana semua arahan yang hendak digunakan perlulah diingati oleh pengguna. Walaubagaimanapun penggunaan 'command text' adalah lebih cekap dan cepat jika pengguna itu telah dapat menghafal perintah-perintah yang hendak digunakan.

 

 

 


 

 

 

 

PERSEKITARAN SISTEM PENGENDALIAN
UNIX
Dibangunkan oleh Makmal Bell kepunyaan AT&T.
Ia adalah perisian mudah alih, tugas berbilang, pengguna berbilang, & sistem pengendalian berlapis.
Atucara UNIX ditulis dlm bahasa C, iaitu bahasa paras tinggi

Macintosh
Sistem pengendalian Macintosh Apple ialah sistem hak milik yg menggabungkan GUI (graphic user interface) yang sangat ramah pengguna. Ia menggunakan menu dan arca daripada perintah, dgn menggunakan tetikus pengguna boleh mengarahkan dgn perintah-2 yg hanya boleh diklik. Sistem ini lebih lambat drpd sistem berpandukan perintah, ttp ramai pengguna menyukainya. Sistem ini direka khusus utk kerja-kerja penerbitan dan reka bentuk berbantukan komputer (CAD = computer aided design)

APAKAH SISTEM PENGENDALIAN?
Satu kumpulan atucara sistem yg mengawal dan menyelaras pengendali keseluruhan satu sistem komputer.
Ia bertindak sbg antara muka antara perkakasan dan atucara penggunaan. Ia boleh juga diperihalkan sbg “polis trafik”, “penyelia”, pengurus pejabat” atau “ketua pemerintah”. Sistem pengendalian disimpan di dalam cakera keras.

FUNGSI SISTEM PENGENDALIAN
1. Antara muka antara perkakasan dan atucara penggunaan
2. But, atau memulakan pengendalian komputer (menghidupkan komputer)
3. Menjadualkan kerja
4. Mengawal pengendalian input dan output
5. Mengawal pelaksanaan atucara
6. Mengurus data dan storan fail
7. Memberikan tugas-2 yg berbeza kpd CPU
8. Menyedia keselamatan dan kawalan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

OS jenis teks

Hanya mempunyai paparan teks sahaja.

Contoh : UNIX, LINUX, MS-DOS

OS jenis grafik
Mempunyai paparan antara muka grafik (GUI - Graphic User Interface). Senang dengan menggunakan tetikus.

Contoh : Windows 95, 98, Me, XP, Micintouch (Apple)

Konsep fail, direktori dan subdirektori
Konsep direktori semasa

Contoh paparan jenis-jenis sistem operasi adalah seperti di bawah:

 

PERINTAH-PERINTAH ASAS
1. Create New Folder / create new directory --> file > new > folder
2. Move Folder / delete
3. Copy = ^c kemudian Paste - ^v
4. Cut = ^x kemudian Paste - ^v
5. Format = format cakera baru
6. Fdisk = fix disk utk membuat pembahagian cakera keras (partison)
Pengemudian direktori (move) dari direktori ke direktori
Menyalin fail dan cakera
Pelaksanaan aplikasi (execute)
Hand-on file *.exe

Kegunaan Sistem Operasi
Fungsi yg dijalankan :
1. Memulakan komputer @ “but” (booting)
2. Mengawal & menjaga keseluruhan komputer (housekeeping)
3. Antara Muka Pengguna (GUI) – user interface
4. Mengurus Sumber Komputer
5. Mengurus Fail
6. Menguruskan Tugasan

Backup dan Kepentingannya
Backup adalah membuat salinan kpd fail asal utk langkah berjaga-jaga terhadap kehilangan data penting.
Menduakan (duplicate) fail asal dan disimpan di tempat yg selamat
Kepentingannya :
- Mempastikan kepentingan fail asal sentiasa selamat
- Sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku serangan virus atau kerosakan perkakasan

Penggunaan Bantuan (HELP)
Bantuan disediakan utk membantu pengguna menggunakan sesuatu perisian sistem atau aplikasi.
Ia adalah salah satu ciri penting yg perlu ada utk perisian pada masa kini.
Bantuan merupakan “support” yg diberikan oleh pembangun perisian jika anda menghadapi masalah dlm menggunakan perisian itu.
F1 digunakan sebagai kekunci umumnya utk mendapatkan bantuan.
Taipkan sahaja apa yg anda ingin cari dalam ‘search’

paparan antara muka micintouch dari apple
paparan antara muka IBM
Sistem Pengendalian Sebagai Pengawal dan Penyelaras

 

BAB 4 : ASAS SISTEM PENGENDALIAN