Bab 5 : PEMPROSESAN PERKATAAN (word processing)
Nama guru : Cikgu Nazri bin Bakar
Jangka masa : 400 minit

Pengetahuan sedia ada :
1. Asas kemahiran menaip
2. Perintah-perintah asas

Alat bantu mengajar :
1. Laman web sekolah
2. Televisyen
3. Bahan edaran

Perancangan pengajaran :
Modul 1
Modul 2
Modul 3
Ujian amali

Pengenalan
Perisian yang menggunakan komputer untuk menyelesaikan masalah dipanggil sebagai perisian penggunaan. Tujuan utama perisian pemprosesan perkataan adalah untuk menghasilkan dokument seperti memo, surat, sampul surat, laporan, manual dan sebagainya. Sebelum komputer digunakan secara meluas, mesin taiplah pilihan utama untuk menyediakan dokumen-dokument seperti yang disebutkan tadi.

Fungsi Asas Prosesan Perkataan
Tidak kiralah secanggih mana sesuatu perisian pemprosesan perkataan, ia mestilah boleh menjalankan beberapa fungsi asas iaitu memapar, menyunting, memformat dan mencetak teks, tetapi dalam berbagai cara.

Menghapuskan teks daripada sehelai teks daripada sehelai kertas adalah sukar, dan selalunya terpaksa bermula dari awal. Menghapuskan teks daripada komputer adalah mudah. Anda hanya perlu menaip ke atas teks yang hendak dihapuskan ataupun 'delete' @ "backspace" perkataan tersebut.